Assalamualaikum semua,
Lama tak bersua di sini kan? Buat masa ini saya sedang sibuk mengumpulkan dana untuk tabung pemindahan buah pinggang suami saya, Abdullah. Saya ada menceritakan tentang masalah kesihatannya dalam posting sebelum ini. Dengan rasa rendah hati saya memohon sumbangan dan doa semua supaya usaha ini berjaya. Maklumat lanjut seperti di bawah.
Terima kasih. Allah jua sebaik-baik pemberi balasan.
TABUNG PEMINDAHAN BUAH PINGGANG ABDULLAH ABDUL RAHMAN.

Tujuan tabung ini adalah untuk mengumpulkan dana sebanyak RM215,000 bagi membiayai perbelanjaan pemindahan buah pinggang Abdullah di China pada bulan April 2010 ini.
Latar belakang Abdullah
Abdullah Abdul Rahman berusia 30 tahun, berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan seorang jurutera di PETRONAS Fertilizer Kedah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Manchester, UK. Beliau sudah berkahwin dengan Dzilal bt Abdul Aziz dan mempunyai seorang cahaya mata.
Penyakit Buah Pinggang (End Stage Renal Disease)
Abdullah telah disahkan mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya (End Stage Renal Disease (ESRD)) pada Februari 2009. Punca kepada kerosakan buah pinggang beliau tidak diketahui dan tidak dapat dikenal pasti.
Rawatan Sekarang
Kini beliau terpaksa menjalani rawatan Haemodialisis (mencuci darah) 3 kali seminggu. Rawatan ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat beliau kecuali pemindahan buah pinggang (kidney transplant) dapat dilakukan. Rawatan Haemodialisis tidak dapat memberikan tahap kesihatan yg sebaiknya . Pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung, paru –paru, dan sebagainya akan berlaku. Doktor juga memaklumkan bahawa pemindahan buah pinggang ini jika dilakukan lebih cepat lebih baik kerana fizikalnya masih kuat dan kesan kerosakan buah pinggang pada badannya masih minimal. Penyakitnya setakat ini telah pun menimbulkan pelbagai komplikasi lain yang membataskan pergerakannya dan melemahkan fizikal beliau.
Masalah pemindahan buah pinggang di Malaysia
Usaha untuk mendapatkan penderma yang sesuai daripada kalangan ahli keluarga telah dilaksanakan, malangnya tidak berjaya. Manakala menunggu giliran dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang kementerian kesihatan di Malaysia memakan masa yang lama (l0 -12 tahun).
Mohon Sumbangan Anda
Kami memohon sumbangan ikhlas anda dengan harapan dapat mempercepatkan pengumpulan dana tersebut seterusnya membolehkan Abdullah menjalani rawatan pemindahan buah pinggangnya.
Kami juga mengharapkan doa dari tuan/puan agar usaha ini berjaya dan Abdullah dikurniakan kesembuhan berpanjangan oleh Allah swt.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi :
En. Abdul Rahman Hussein 012 – 2053484
Pn. Noriah Jusoh 019 – 2692441
I.r. Abdul Aziz Omar 016 – 6654212
Pn. Kerisisiah Mohd Daud 019 – 5769272
Pn. Dzilal Abdul Aziz 016 – 4101607
Semua sumbangan dan doa didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga diterima Allah sebagai amal soleh dan dibalas Allah dengan ganjaran berlipat kali ganda.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :
a. "bank in" terus ke akaun Maybank - a/c: 564490210905
b. Sumbangan atas nama : Abdullah bin Abdul Rahman
c. Tunai – boleh hubungi nama di bawah

12 comments:
walaupun tak ramai orang baca blog inah,Inah copy masuk dlm blog inah ye kak long?harap maklum..:)
inah,
hehe..kak long ambil maklum. takpe inah, usaha tu yang penting. hasilnya kita serah pada Allah. Kita tak tahu jalan yang mana akan buahkan hasil, jadi perlu berusaha sedaya upaya :)
thank u inah
hani pon copy paste jugak ehh..
huhu,,
smoga dipermudahkan sgala urusan!
assalamualaikum...
sar pun paste dalam blog sar. harap2 ada hamba Allah yang sudi membantu. sabar ye Dzilal...Allah menguji hamba yang Dia sayangi.
dah copy paste dalam blog umo... harap maklum.
kak dzilal,
along pun akan letak kt blog along jugak
plus..along minta izin hebah kt kperak ye?
salam,
hani - terima kasih byk2
sarina - tq for the help and support. Sangat hargainya.
umo - tq. kak long ambil maklum :)
along - jzkk along for the help. Boleh, silalah.
Moga Allah permudahkan urusan kalian.So touched... Alhamdulillah
Sorry kak long... umo kawan2 tak ramai. tu jer yang setakat termampu...
umo,
takpe umo.terima kasih sebab usaha nak tolong. apa pun bantuan semuanya sangat dihargai. kita semua pun buat apa yg mampu. hasilnya kita serahkan pada Allah. yang paling penting mari kita sama-sama terus berdoa untuk long ye..
dzilal, baru je dpt tau pasal ur huby. be strong...insyaAllah kami akan buat sedaya yg mampu utk menolong
Saya doakan kebaikan dan kesihatan suami puan. Sedikit sumbangan dari saya setakat termampu.
erin - thanks a lot. really appreciate all the support and doa
anonymous - terima kasih banyak2. Semoga Allah kurniakan kebaikan buat saudara/i dunia dan akhirat..
Post a Comment