Assalamualaikum semua,
Pagi tadi saya sempat berbual dengan adik saya Pn. Doktor. Dia baru pulang dari syif malam di jabatan kecemasan hospital. Selalunya bila balik syif malam dia terus 'pengsan', tak cukup tidur tapi hari ni sempat dia bercerita satu kes yang dihadapi masa bertugas.
"Tadi pukul 5 pagi, ada seorang budak perempuan remaja datang A&E. Dia kata dia dah 2-3 hari demam. Jadi kita ambil darah dia untuk periksa, takut denggi." Pn. Doktor mula bercerita.
" Masa nak ambil darah tu dia kata pula dia sakit perut. Jadi kita minta dia beri sampel air kencing. Yelah mungkin kena kencing kotor. Tiba-tiba seorang staf ni suruh kami buat ujian kehamilan. Dia pandai-pandai je, ada instinct kut tapi kita ikut jelah"
"Ha! mengandung ke budak tu?" saya mencelah. Berdebar pun ada.
"Memang positif ujian tu. Confirm mengandunng. Bila kita tanya lagi, rupanya dia datang sebab takut. Dia alami pendarahan"
"Keguguran ke dia? dah kahwin ke? dia datang dengan siapa?", bertubi-tubi soalan saya ingin tahu.
" Rupa-rupanya teman lelaki dia bagi dia ubat untuk gugurkan. Yang lagi mengecewakan tu teman lelaki dia tu anggota polis. Kesian pun ada tengok remaja perempuan tu, macam lurus je tak tahu apa-apa. Tak pastila gugur ke tak, kena hantar masuk wad untuk pemeriksaan lanjut. Mak ayah dia yang hantar dia ingatkan dia demam. Kita maklum pada mak dia je masa tu sebab ayah dia tunggu dekat luar. Si mak ni macam terpinga-pinga, agaknya sukar nak terima berita tu. Sedih pula mengenangkan", keluh adik saya sambil menyambung cerita.
"Kami tanya dia selalu ke buat kerja tu, dia berdolak-dalih. Terus je jururawat tanya sepuluh kali ada?. Budak perempuan tu jawab takdela sampai sepuluh. Tapi cara jawab tu gayanya banyak kali la juga. Tapikan yang buat rasa lagi tertekan tu raut wajahnya sikit pun tak nampak tanda kesal atau sedih. Nampak cuak jela sebab pendarahan, apala yang dia harap. Makan ubat tu terus hilang je janin tu agaknya.ish.."
Tersentap hati saya mendengar kisah ni. Sedih sangat. Teringat pada keguguran yang saya alami ketika di China semasa mengikut suami untuk pemindahan buah pinggang. Betapa sayu dan pasrahnya saat kehilangan kandungan anak ke-2 yang sudah lima tahun dinantikan. Remaja ni pula sewenang-wenangnya bersusah-payah membahayakan keselamatan diri hendak 'membuang' anak yang seharusnya menjadi anugerah Allah pada pasangan suami isteri.
Di bawah pokok ini kami semadikannya di China..
Sebagai seorang ibu juga , saya terbayang-bayang apala rasa si ibu dan bapa yang menghantar anak tu ke hospital pukul 5 pagi, dengan kasih sayang rasa bimbang anak sakit. Tup tup lain ceritanya. Terfikir patutnya si teman lelaki tu yang bertanggungjawab bawa (tapi bukan muhrimnya pula). Ini tidak, siapa lelaki tu pun tak diketahui. Entah-entah suami orang ke, lepas macam tu je. Yang menanggungnya si perempuan dan ibu bapanya yang tak tahu apa-apa.
Bercakap tentang masalah zina, kehamilan luar nikah ni memang panjang dan banyak ceritanya. Pelbagai isu dan aspek yang perlu dikupas dan dibincangkan untuk mencari jalan penyelesaian. Kesan perbuatan zina ni pada individu dan institusi kekeluargaan juga besar. Itu kalau kita fikirkan dari sudut kehidupan manusia tetapi apa yang penting kita perlu kembali kepada asas. Back to basic kita selaku insan yang beragama Islam.
Insaf saya mengenangkan, sepatutnya kita takut pada Allah. Pada azab Allah. Sebagai seorang muslim hakikat syahadah kita ialah taat dan patuh pada perintahNya serta jauhi laranganNya. Dalam quran dengan jelas Allah sebut tentang zina ni.
"Janganlah kamu menghampiri zina, sesunggunya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat" (Al-Isra' : 32)
Kita perlu ambil inisiatif untuk mempelajari agama Islam. Dilahirkan sebagai orang Islam bukan bermakna kita tahu bagaimana hendak hidup sebagai seorang muslim. Kita perlu belajar. Seperti mana kita belajar untuk jadi doktor, jadi jurutera hatta jadi seorang ibu atau ayah. Bertindaklah dengan ilmu bukan tanggapan atau agak-agak.
Moga Allah terus memberi taufiq dan hidayahNya kepada kita dan anak keturunan kita. Ameen.







8 comments:
sedihkan masyarakat kita skrg? kes buang bayi lagi byk di malaysia dari australia. macamana negara 'islam' boleh jadi mcmni? pendidikan islam di sekolah dan di rumah tidak cukup. jadi generasi yg tidak cukup pengetahuan agama dan akidah yang goyang/tidak cukup beriman/takut kepada Allah, bila mereka jadi ibubapa, mereka tidak dapat mendidik anak mereka sebaik mungkin. sekolah pulak, pendidikan islam adalah satu subjek dan tidak menyeluruh/tidak cukup untuk memberi kesan kepada pelajar. Jadi hancur la negara kalau keadaan ini tidak diperbetulkan. Islam hanya pada nama. (sorry byk komen, mmg isu ni dekat di hati. politicians need to do something major to address this situation)
salam sheri,
yup. memang sedih dan risau.mungkin mkat kita byk buang bayi sebab it's not acceptable to have a child out of wedlock as a muslim in Malaysia.tahu malu kan. as compared to western country mungkin sekarang masyarakat mereka not as harsh towards teen pregnancy. still kesian dekat anak yg lahir without 'proper' parents ni. kita yg nak besarkan anak as a complete family unit pun susah kan..
however, i do think buang bayi ni adalah kesan/consequences pada a bigger issue. The root cause seperti yang sheri mention tu. Allah yang cipta kita tentula dia tahu hukum apa yang baik untuk kita dalam menjamin kebahagiaan kita..
I am also in agreement with you about action needed to be taken by the leaders yang hold the power to do something big to help betulkan masalah ni.
my comment pun panjang lebar sheri sebab memang isu ni dekat di hati.it involves us, anak-anak kita.
btw, i really missed reading ur blog. can i please get the password hehe..baru sempat nak minta :)
rasa geram + sakit hati baca kisah2 macam ni. kalau ye pun nak buat projek (i'm not saying that i agree with pre-marital sex though), pakai laa protection. this is the reason why i think sex education is important. the kids need to learn about the consequences. especially girls, they need to know what's gonna happen to their body (especially their reproductive systems) if they force the embryo out through illegal abortion. nnt in the future if something wrong somewhere, jgn menyesal!
sorry, one more long comment ya dzilal ;-)
salam dieya,
i value ur input :) no such thing as a long comment hehe..
i agree with u. in fact the girls especially need to learn about self respect. jangan mudah terikut2 takde prinsip.
if they love each other so much then they should love the baby tu kan, so called bukti cinta mereka.
kalau dah macam tu, That's just lust i think. the girl should sedar that now tp nasi dah jadi bubur. prevention is better than cure.
definitely something need to be done. banyak sangat kesan tak baik pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
i once miscarriage b4 aryssa sayu gile tgk janin ( yee..belum ada rupa bentuk..) tp mmg sedeh sgt..ini diorg senang2 nak gugurkan....but to tell the truth it's common nowadays...i got one patient..dumb n deaf...12 years old masuk my surgical ward ckp sakit perut..nasib baik tak smpt buat xray..tergerak hati nk check urine..tgk2 positive upt..hmmm...kesian mak die..yeah budak2 ni tak pk ibu bapak cenggini laa....nway regard to ur sis ckp senior die kim salam..hehe
salam dzilal, sorry to hear that you miscarriage. but also alhamdulilah to read hubby is well now. Hanya Allah dpt membalas pengorbanan Dzilal. Take care dear.
salam Dzilal..pekabar...innalillah... sorry to hear about your miscarriage..
semua yg Allah tetapkan pastinya yg terbaik utk kita insyaAllah..suami dzilal sihat dah skrg? hopefully getting better...take care ya...n do keep in touch k..
ya allah, sedih bila dengar cite-cite mcm ni. semoga Allah beri petunjuk pada kita yang hidup ni agar lebih kuat iman. amin...
Post a Comment